Monday, December 1, 2014

DENGGI DAN SHAKLEE

SIMPTOM DENGGI

Dapatkan rawatan segera jika ada tanda-tanda demam Denggi.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.  Adakah anda sampai di sini kerana tajuk diatas? Ataupun ada diantara ahli keluarga anda menghadapi Denggi ketika ini? 

Untuk pengetahuan, tiada ubat khusus untuk menyembuhkan Denggi kecuali dengan mengawal simptom-simptom Denggi. Begitulah yang dilakukan oleh pihak hospital apabila menerima pesakit denggi. Pihak hospital akan mengambil langkah-langkah untuk mengawal daripada denggi terus merebak sehinggalah pesakit bersih daripada denggi.
 
Ada banyak ikhtiar yang boleh dilakukan untuk pencegahan Denggi ni. Selain daripada Sup Ketam Nipah, Rebusan air betik, rebusan air daun Pegaga, Air dan minuman isotonik seperti 100 Plus.  Shaklee juga ada alternatifnya, InshaAllah, tidak perlu risau, kerana dalam Shaklee memang ada set khas sebagai kaedah rawatan untuk Denggi ni. Bukan sekadar cakap kosong, tetapi pengalaman ini dilalui sendiri oleh adik saya.  Selain daripada pengalaman adik sendiri, Shaklee juga mempunyai ratusan testimoni pesakit Denggi yang mengambil set ini. Dengan Izin Allah.

Kisahnya bermula begini….

Pada 22 Oktober 2014 yang lepas, adik saya (Ayu) dimasukkan ke hospital kerana didiagnosis menghidap Demam Denggi.

Semuanya bermula apabila balik sahaja daripada KL, sehari berikutnya Ayu tiba-tiba demam panas mengejut, langsung tiada tanda-tanda akan demam panas.  Padahal kalau ikutkan masa awal mereka sampai di Sabah, dia ceria dan nampak sihat sahaja.  Hari kedua demam, kami masih belum menghantarnya ke klinik untuk dapatkan rawatan. Iyalah ingatkan demam biasa-biasa macam selalu.  Saya hanya berikan dia Vitamin C Shaklee 2 biji selepas sarapan.  Selain demam panas, Ayu juga muntah-muntah, lemah lesu, asyik terbaring tidak bermaya.  Dalam hati terdetik juga, kenapa lain macam je demam dia ni. Sebab biasanya selepas telan dalam 2 ke 6 biji Vitamin C, InshaAllah demam atau selesema akan beransur pulih.

Hari ketiga Ayu demam, dalam masa yang sama, emak saya pula sakit perut. Memulas-mulas sakitnya.  Jika nak tahu, emak saya ini ada masalah gastrik.  Kena pantang makan benda-benda berangin.  Masa tu emak saya minum Nescafe, tambah pula makan kuih cempedak.  Memang menjadilah angin dibadannya.  Kelam kabut kami yang ada dirumah. Allah sahaja yang tahu kegalauan suasana tu…. Abang saya tanpa berlengah terus membawa emak dan Ayu sekali ke Hospital Berungis, Tuaran pada malam itu juga.  Mereka terus dibawa ke bahagian kecemasan.  Ayu yang larat tidak larat bangun diangkat juga masuk kereta.

Emak saya hanya diberikan ubat buang angin, manakala ayu terus diambil sampel darah dan air kencing.  Doktor sahkan Ayu ada Demam Denggi, kerana bacaan platlet sangat rendah.  Malam itu juga dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.

Mak yang sedang sakitpun, terus hilang rasa sakitnya mendengar keadaan Ayu.  Maka bermulalah ‘petua dan petui’ dicuba sebagai ikhtiar untuk Ayu supaya cepat sembuh.

Ketam Nipah emak buat sup untuk diberikan pada Ayu, air 100 Plus siap sedia untuk mengelakkan dedihidrasi.  Cuma air rebusan daun betik, rebusan air daun pegaga sahaja yang tidak sempat dicuba.  Sedikit perubahan daripada Sup Ketam hanya menurunkan sedikit suhu demam.  Namun hasilnya masih belum ditahap yang memuaskan.

Masa tu saya terus hubungi Master Aza untuk tanya apa set untuk Denggi ini.  Beliau mencadangkan :

  •      Nutriferon
  •      Sustained Vitamin C
  •      Perfomance Drink (PD)


Disebabkan stok Nutriferon habis untuk HQ Shaklee seluruh Malaysia, maka saya hanya berikan adik Vitamin C Shaklee dan Perfomance Drink (PD) sahaja.  Masuk hari ketiga barulah dapat bagi pada Ayu di hospital.

Vitamin C kalau ikut cadangan pemakanan di botol, hanya makan sebiji sekali setiap hari.

Namun saya lebihkan menjadi 6 biji sehari :
2 biji selepas sarapan pagi, 2 biji selepas makan tengahari, dan 2 biji selepas makan malam.  Badan yang sedang sakit memang memerlukan lebih nutrisi agar dapat melawan sakit yang sedang dihidapi pesakit.  Perfomance Drink pula diminum menggantikan air masak, minum secara selang seli atau minum sahaja sepanjang hari.

Jika diikutkan, doktor mencadangkan agar Ayu ditahan selama seminggu.  Tetapi alhamdulillah, kerana pada hari kelima kondisi Ayu mula stabil dan dibenarkan keluar hospital.

Lihat gambar:





Nutriferon Shaklee:
Nutriferon adalah terhasil dari 4 estrak tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi  interferon tubuh. 
  • Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. 
  • Penemuannya adalah diiktiraf sebagai penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi.
  • Dalam bidang perubatan, suntikan nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll.
  • Nutriferon juga sangat berkesan untuk melindungi diri kita dari jangkitan influenza dan pelbagai penyakit yang lain.

KEBAIKAN NUTRIFERON
  • Mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari
  • Melawan kanser & tumor
  • Melindungi dari Influenza
  • Meringankan Stres & kelesuan
  • Melambatkan Penuaan
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
  • Mempertingkatkan Menopaus
  • Mempertingkatkan PMS

Sustained Vitamin C
 Disini saya kongsikan beberapa kebaikan Vitamin C Shaklee:

Untuk satu tablet Vitamin C ini, ia mengnadungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam palsma darah kita selama 24 jam. Mengandungi 120mg bioflavonoid yang mana 25% dari dari bioflavanoid diekstrak daripada kulit buah oren yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Khasiatnya, ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Bagaimana ia bertindak?

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah.

7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.

Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.

PERFOMANCE DRINK (PD)




Bagaimana pula Perfomance Drink membantu pesakit Denggi?

Performance Drink – Berfungsi untuk mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan. performance drink mempunyai garam yang menstabilkan badan. Performance drink juga memberikan tenaga kepada pesakit. Performance drink berbeza dengan 100Plus. Biasanya orang akan mengambil 100plus bila demam denggi. 100Plus tidak mempunya banyak garam natrium di dalamnya. Di dalam lebihnya banyak kandungan gula.


>> Performance Drink merupakan minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 



>> Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 
>> PD bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
>> Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
>> PD bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tetapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas, kerja yang memerlukan tenaga lebih sesuai untuk mengambil PD ini.
>> Budak yang sedang demam juga elok ambil PD sebab biasanya budak kecil bila sudah demam tiada selera makan minum. PD boleh membantu untuk mencegah dehidrasi.


Anda memerlukan set Denggi ini? Boleh hubungi kami melalui Whatsapp/Telegram/sms/Call :

ijja : 0172043577 
Firdaus : 0173710034

Ahli Shaklee berdaftar untuk seluruh kawasan Sabah (Utama) dan seluruh Malaysia.

Follow kami di Instagram : http://instagram.com/ahya_ijja
Follow kami di Facebook : Sabah-Good-Vitamin

No comments:

Post a Comment