Friday, December 5, 2014

Sukanya dengan Vitamin C


Dr. Linus Pauling  adalah seorang ahli kimia & biokimia yang paling berpengaruh diabad ke 20. Beliau dianugerahkan pingat nobel sebanyak dua kali hasil dari sumbangan penyelidikan beliau dalam dunia Sains.  Beliau sihat secara fizikal sehingga pada umur 92 tahun!

Rahsianya adalah mengamalkan pengambilan vitamin C 18mg sehari untuk mendapatkan kesihataan yang optimum.

Vitamin C merupakan salah satu vitamin terpenting yang harus kita ambil setiap hari, memandangkan kerana manfaatnya yang banyak untuk kesihatan dalam tubuh kita.  Tahukah anda, badan manusia tidak mampu menghasilkan vitamin C? Tambahan pula vitamin C akan larut air akan hilang berterusan dari tubuh kita.   Manusia mendapatkan sumber vitamin C daripada hidangan yang dimakan setiap hari.  Disebabkan itu adalah perlu untuk kita mendapatkan sumber yang tepat untuk memaksimumkan pengambilan vitamin C kita dalam sehari.



Manfaat Utama Vitamin C:

1- Membentuk Kolagen : Merangsang pembentukan kolagen.  Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan.  Oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2- Memperbaiki simptom Pendarahan: Kekurangan vitamin C menyebabkan gusi berdarah, kulit lebam, luka lambat sembuh, kulit kering/bersisik, ruam, dan kulit menjadi kasar.

3- Kulit  – Rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan Pertumbuhan Tisu, Sel, Gusi, Pembuluh Darah, Tulang dan Gigi.

4- Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti-penuaan.  Amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi.

5-  Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah.  Menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

6- Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembap

7- Sesuai untuk ibu mengandung

8- Sesuai untuk merawat jerawat di wajah dan badan

9- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga   mendapatkan gusi dan gigi yang sihat 

10- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan selsema serta meningkatkan imuniti dalam badan 

11- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis ( aterosklerosis – radang pada    pembuluh darah manusia yang disebabkan penumpukan plak ateromatus ) 

12- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam dan menggalakkan penyembuhan luka 

13- Membantu dalam pengeluaran hormon antistress

14- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin (Antihistamin adalah zat-zat yang dapat mengurangi atau menghalangi efek histamin terhadap tubuh dengan jalan memblok reseptor) semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema dan mengurangkan gejala-gejala alergi yang lain.

15- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen untuk keanjalan dan kecantikan kulit dalam mencegah penuaan pra-matang 

16- Membunuh bakteria patogenik yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya 

17- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang yang sering dirosakkan oleh radikal bebas 

18- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih (berguna dalam rawatan anemia )

19- memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah

20- Merawat jangkitan saluran kencing 

21- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

22- Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

23- MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL)

24- Menyingkirkan toksin.  Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat  dan membuangnya dari tubuh 

Memang banyak sangat manfaat vitamin c untuk tubuh manusia.  

Kesan Kekurangan Vitamin C

  • Luka lambat sembuh
  • Gusi mudah luka dan berdarah
  • Kelesuan melampau
  • Sakit sendi
  • Mudah diserang selesema
  • Stress
  • Kulit kering
Vitamin C Shaklee 500mg

Kenapa Vitamin C Shaklee?

1- Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 biji hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg).

2- Pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam.

3- Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C  didalam 2 tablet vitamin C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam.

4- Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonaid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex.  Fungsinya adalah untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh manusia,  melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria, dan radikal bebas.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Vitamin C Shaklee memang yang TERBAIK!
Pengalaman sendiri :

1- Biasanya bila saya rasa-rasa macam demam nak datang, biasanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ke dua minggu untuk  hilang selesema, kahak, dan sakit kerongkong.  Selepas menjadi pengamal tegar Vitamin C Shaklee, alhamdulillah dengan izin Allah, kurang dari tiga hari, demam tersebut tidak jadi.

Cuma bila dah dapat rasa demam tu macam nak datang, cepat-cepat saya makan 6 biji Vitamin C : 2 biji selepas sarapan pagi, 2 biji Selepas makan tengahari, dan 2 biji selepas makan malam.  Jika hari biasa, cukup dengan hanya 2 biji sahaja setiap kali selepas sarapan.

2-  Vitamin C mampu mengurangkan kesan jeragat pada wajah saya. Pada awalnya saya tidak perasan, namun kakak-kakak dan adik yang menegur sebab kulit muka makin putih dan mula tanya saya pencuci muka apa saya guna.... hohoo!

3- Badan lebih bertenaga dan kurang (hampir) lebih imun daripada jangkitan penyakit.  Pernah terjadi, apabila suami, dan anak sulung saya dijangkiti mata merah (istilah: pink eye), namun alhamdulillah saya tidak terkena. Sebab masa tu saya dah standby telan siap-siap 6 biji sehari Vitamin C. Risau sangat jika kena jangkitan, risau dengan bayi kedua terkena juga sebab masa tu baby Anis baru berumur 3 bulan.  Sekurang-kurangnya bila saya ambil supplemen begini, baby juga akan dapat khasiatnya melalui susu ibu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan baby Anis tidak terkena jangkitan.

4- Pengalaman adik saya yang pernah demam Denggi, dia juga mengambil Vitamin C.  Dimakan sebanyak 6 biji sehari untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan virus.  Alhamdulillah adik saya keluar wad selepas 5 hari ditahan (Mula makan 6 biji pada hari ketiga di wad). Jika diikutkan doktor merancang hanya akan keluarkan daripada wad selepas pemantauan selama seminggu. 

5- Pernah sekali anak sulung saya (Fawwaz) cirit birit, dan muntah-muntah, saya campurkan setengah tablet Vitamin C dewasa (patah dua) dan campur kedalam mealshake untuk Fawwaz. Alhamdulillah pada hari ketiga Fawwaz beransur baik dan kembali aktif bermain.  Semuanya dengan izin Allah. Kita sempurnakan ikhtiar, selebihnya Allah yang menyembuhkan. :)
______________________________________________________________________________

Interaksi  Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain
  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

Interaksi  Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain
  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.

Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…
  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.

Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih,kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.

ANDA MEMERLUKAN VITAMIN C INI?
ATAU ANDA MEMPUNYAI MASALAH LAIN?
HUBUNGI KAMI UNTUK SENARAI SUPPLEMEN YANG LAIN. HANYA YANG TERBAIK DARIPADA SHAKLEE.

Oh, bulan Disember ini ada promosi Vitamin C Shaklee...
BELI 6 PERCUMA 1
ATAU...
BELI 2 BOTOL DISKAUN 5%
--------------------------------------------- 

Kami adalah SID untuk seluruh Sabah - Tamparuli, Kiulu, Tuaran, Menggatal, Bandar Sierra, Kota Kinabalu, dan seluruh Sabah (Penghantaran by hand disediakan) untuk kawasan lain melalui pos atau khidmat penghantaran melalui Bas/teksi sahaja.  Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Whatapps/Telegram/Sms/call :
017 204 3577 - Ijja
017 371 0034 - Firdaus

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment