Tuesday, September 9, 2014

KENAPA RAHIM BENGKAK?

Assalamualaikum & Salam sejahtera pembaca yang dihormati.  
Didoakan semuanya dalam keadaan yang terbaik.  Amiin...


Belum habis lagi isu Shaklee dan juga dakwaan seorang pengguna yang mengatakan pengambilan suplemen Shaklee mengakibatkan rahim bengkak.  Tertarik dengan isu ini, saya sekali lagi ingin berkongsi kepada pembaca tentangnya.  Ikuti perkongsian daripada Dr.Malinda, yang saya ambil daripada page beliau. Klik : Dr.Malinda Fanpage FB



Kenapa Rahim Bengkak?

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- Haid yang tidak teratur / berpanjangan
- Sakit perut
- Sakit ketika hubungan kelamin
- Perut membuncit
- Pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
 
- GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yang kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa

Luv,

Dr. Malinda

(BARU): JAWAPAN DARI PIHAK SHAKLEE

Assalamualaikum pembaca yang dihormati...didoakan semuanya dalam keadaan yang terbaik.  Amiin...

Beberapa hari ini, Shaklee menjadi viral disebabkan seorang pengguna yang mendakwa salah satu produk Shaklee mengakibatkan rahim beliau membengkak.  Untuk pengetahuan pengguna ini baru sahaja sebulan mengambil Shaklee sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Sebagai salah seorang ejen produk Shaklee yang sah, saya juga terkena tempias soalan yang bertubi-tubi daripada ahli keluarga dan juga rakan terdekat...

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak Shaklee yang terbaru. -Sumber daripada FB Page Shaklee Malaysia, klik : SHAKLEE MALAYSIA (FACEBOOK)
*(Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)



Selain daripada itu, pihak Shaklee berkongsi info tentang UTERINE CYSTS, FIBROIDS dan OVARIAN CYSTS, yang ditulis oleh Dr. Jamie Mc Mannus M.D., FAAFP Chair, Medical Affairs & Health Education, Shaklee Corporation.

Sumber daripada FB Page Shaklee Malaysia, klik : SHAKLEE MALAYSIA (FACEBOOK)
*(Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)




Diharap, kita sama-sama dapat lebih memahami dengan jelas tentang isu yang sedang berlegar di sekitar kita, dan mendapat maklumat yang tepat agar kita tidak tersalah mendapat info tentang sesuatu yang tidak kita ketahui. Wassalam...

SHAKLEE PENYEBAB KANSER (ENTRI PANJANG)


Assalamualaikum pembaca..
Salam Jumaat yang penuh dengan rahmat dan penghulu segala hari. Didoakan pembaca dimudahkan urusan & dimurahkan sezeki, amiin...

Wuuu..kecoh dan menjadi viral di laman Muka Buku 'FB', apabila seorang cikgu yang mengatakan selepas mengambil supplemen Shaklee, rahim beliau terus membengkak...

Saya ni baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan Shaklee...lepas satu kontroversi, ada lagi kontroversi baru, apapun, saya yakin produk Shaklee adalah yang terbaik, inshaAllah.. Saya yakin bukan kerana teori kosong atau sekadar cakap-cakap orang, tetapi selepas menjadi pengguna Shaklee semasa mengandung anak kedua. Memang nampak hasilnya, Alhamdulillah, semua yang terjadi adalah dengan izin Allah, kita hanya berikhtiar...

Berkaitan isu ini juga, saya tertarik dengan satu jawapan daripada 'pengkomen' yang menulis di status guru tersebut : 


Puan Noraini Babyana menulis: 
Salam......tahun 1992 saya dibuang ovari sebelah kiri....selepas beberapa tahun saya alami masalah haid tidak teratur dan haid berterusan.....doktor kata ovari kanan jg ada cyst (2006). Saya takut dibuang lagi ovari kerana itu sangat penting untuk wanita.  Saya cuba cara suplemen, dan ambil GLA Shaklee.  3 bulan juga haid asyik keluar, lepas itu ok semula, dan sampai sekarang saya masih ambil GLA.  Pendapat peribadi saya,mungkin fibroid tu atau Cyst memang dah ada sebelum ambil GLA cuma kecil dan tiada simptom, tetapi bila ambil GLA, hormon mula aktif dan menyebabkan simptom dapat dikesan.  Kerana dahulu ada satu kes juga, wanita ada fibroid selepas sebulan ambil Herbal***, namun jawapan pakar, fibroid ambil masa yang agak lama untuk tumbuh.... So takut jgk kena saman balik. 

Cuba bincang dengan lawyer, doktor n buat saluran yg betul. Sebab saya melihat masalah itu begini: 
"Anda ambil supplement untuk hamil"
- Bererti anda tidak subur atau ada masalah rahim (Punca belum hamil)
- Kedua, tentang percampuran produk. (Ini lagi bahaya sebab Shaklee akan saman semula)
- Takut nt yg beriya2 komen sama x bantu cikgu time perkara berbangkit...
Paling elok, minta laporan doktor, minta nasihat lawyer...klu betul salah produk itu kuat boleh di dakwa, alhamdulillah... Mungkin produk2 begini harus melalui perbincangan dengan doktor dahulu.  Semoga cepat sembuh cikgu..
 -------------------

Saya kongsikan satu entri daripada seorang pengedar Shaklee, yang mana saya kongsikan kembali di entri ini. (Tarikh tulisan beliau adalah pada 3 September 2014, Rabu)
Credit untuk penulis asal : Tuan Faizalfairuz.com

.......................................

Fuh! Shaklee Penyebab Rahim Wanita Bengkak ?!!!




As salam

Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sentiasa bergerak aktif untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah, itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.

Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan.

Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.

Jika dikatakan 'Lembu Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi macam biasa ja kan !!!!

Ok let's back to this topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.

Tarikh 3 September 2014
Ok untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar gambar yang diletakkan di Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;










APA JAWAPAN SAYA?

Sebelum saya memberi pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.




CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA

Untuk pengetahuan cikgu, saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set Vitamin tersebut kepada cikgu.

Saya terpaksa mengakui sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga, ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah, kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan. Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk meminta maaf kepada cikgu.

Tapi ternyata agen Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain. Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di bawah ini;


KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI

Saya juga ramai kawan yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar rezeki itu datang dari Allah SWT.

Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.

Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.




Rupa rupanya kita di gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.

Mungkin produk kami bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.




Owh baru saya perasan, rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he. Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!

BEGINILAH CIKGU .....

Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.

Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;

1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.

2. Cikgu juga merupakan usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak 'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut? Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut !!!!!

Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.


Tapi dalam pertengahan Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....

3. Adakah mungkin rahim cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim cikgu ok sebelum ini?

Saya bukan berniat hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!


Cikgu perlu buktikan dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan ?!!!!

Saya mungkin akan menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu. Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!! 

Untuk seorang pesakit itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10 tahun lamanya. 

CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU .......

Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.

Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.

Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.

Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.

Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya. 




Saya telah menggunakan penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.

Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu. 

Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;


Wallahua'lam

Monday, September 8, 2014

Kebaikan Mealshake


Assalamualaikum, hari ini hendak bercerita tentang Mealshake : Meal Shake Shaklee merupakan hidangan yang lengkap dengan nutrisi, dan mudah diserap pada badan.  Untuk pengetahuan anda, Meal Shake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi sesuai untuk semua golongan, seperti pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu hamil, atlet, golongan vegetarian, orang yang sedang sakit, golongan yang sibuk berkerja dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan makanan yang seimbang dan lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Di sini, disenaraikan beberapa kelebihan Meal Shake :
  1. Mengurangkan Ekzema
  2. Membantu tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk meningkatkan selera makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak (imunisasi)
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak lebih fokus
  10. Membantu mengurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu. 
  16. Rasa Vanilla yang sedap dan disukai kanak-kanak.
6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Cara pengambilan Meal Shake yang mudah :
Kanak-kanak 1-4 tahun : 1/2 sudu teh sehari
Kanak-kanak 4 tahun ke atas : 1 sudu teh sehari


Untuk dewasa, Dua sudu dalam bancuhan.

Boleh dicampurkan dengan susu yang biasa mereka minum/Milo/minuman bercoklat/Horlicks atau minuman lain..
*Jangan campurkan Meal Shake dengan minuman berkarbonat, berkaffien, dan air panas.
(dikhuatiri khasiat dalam Meal Shake akan hilang)
Antara testimoni Meal Shake:



Berminat untuk mencuba Meal Shake ini? Dapatkannya sekarang daripada kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut..


SET SHAKLEE














Thursday, September 4, 2014

Penafian (Disclaimer)

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Memandangkan penulis ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan vitamin/suplemen dan mineral untuk menjauhi sebarang kekurangan vitamin/suplemen dan mineral dalam badan.

Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/laman web ini. Pengguna hendaklah merujuk pakar perubatan jika mengalami sebarang penyakit.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk menjadi ahli? Hubungi kami:

017-371 0034 - Firdaus (call/sms only)
017-204 3577 - Ijja (WhatsApp only)
011-2536 1721 - Hotline kami (call/sms)

email kami untuk pertanyaan : ahyaijja @ gmail.com